Wednesday, 6 August 2014


 



 Lompat Tikam

Bahan A (lapisan hijau : lapisan bawah)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
  • 1/2 cawan air tapisan pandan dan pewarna hijau.
  • 1 sudu teh air kapur
  • Sedikit garam
Bahan B (lapisan putih : Santan)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
Bahan C ( air gula merah)
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat Lapisan Hijau
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang
  2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan
  3. Masakkan adunan diatas api seketika,tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  4. Apabila sudah masak,cakarkan sedikit permukaan kuih bagi memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Cara Membuat Inti
  1. Campurkan semua bahan B dan tapiskan.
  2. Masakkan adunan di atas api seketika.
  3. Tuangkan adunan perlahan-lahan di atas lapisan hijau.
  4. Kukuskan selama 20 minit ,kemudian sejukkan.
  5. Apabila sudah sejuk,potong kuih lompat tikam dan hidangkan dengan air gula merah.
Cara Membuat Air Gula
  1. Masakkan semua bahan C sehingga mendidih.
  2. Tapis dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

kalau korang nak lebih banyak resepi kuih muih dan masakan kelantan boleh tengok link dibawah ini:
http://aziejaya.blogspot.com/2012/05/kuih-lompat-tikam-stail-emak-saya.html
Hari ini saya nak ajar kuih tradisional kelantan iaitu kuih cek mek molek..Ini bahan-bahan & cara membuat kuih ini.

 



Cek Mek Molek


Bahan-Bahan
  • 500 gram keledek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bagi menggoreng


Cara Membuat
  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat.
  3. Gaulkan dengan tepung gandum.
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar.
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan.
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak.
  8. Sedia dihidang.
 kalau korang nak tengok cara pembuatan kuih cek mek molek korang boleh tengok link ini:
 http://belogniakupunye.blogspot.com/2013/06/resepi-ori-kelantan-cek-mek-molek.html



 Assalamualaikum dan hai..hari ni miera nak ajar buat nasi hujan panas berwarna warni lagi gitu..ni resepi nye..selamat mencuba.


Nasi Hujan Panas


Bahan A
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau,kuning dan merah
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan majerin
Bahan B
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Membuat
  1. Panaskan minyak sapi dan mejarin di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumis,serai dan daun pandan.Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan garam.Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair,kiub pati ayam,tomato dan beras.Kemudian kacau rata.
  5. Masakkan seperti nasi biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering,letakkan satu warna pada satu tempat yang berlainan.
  7. Biarkan sehingga nasi masak dan kering.Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
  8. Sebelum dihidangkan,hiaskan dengan taburan bawang goreng dan bawang goreng.
 untuk tengok warna dan resepi nasi hujan panas boleh tengok link dibawah:
 http://kasihhidupku.blogspot.com/2013/06/resepi-nasi-hujan-panas.html