Wednesday, 6 August 2014


 



 Lompat Tikam

Bahan A (lapisan hijau : lapisan bawah)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)
  • 1/2 cawan air tapisan pandan dan pewarna hijau.
  • 1 sudu teh air kapur
  • Sedikit garam
Bahan B (lapisan putih : Santan)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
Bahan C ( air gula merah)
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Cara Membuat Lapisan Hijau
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang
  2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan
  3. Masakkan adunan diatas api seketika,tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
  4. Apabila sudah masak,cakarkan sedikit permukaan kuih bagi memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Cara Membuat Inti
  1. Campurkan semua bahan B dan tapiskan.
  2. Masakkan adunan di atas api seketika.
  3. Tuangkan adunan perlahan-lahan di atas lapisan hijau.
  4. Kukuskan selama 20 minit ,kemudian sejukkan.
  5. Apabila sudah sejuk,potong kuih lompat tikam dan hidangkan dengan air gula merah.
Cara Membuat Air Gula
  1. Masakkan semua bahan C sehingga mendidih.
  2. Tapis dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

kalau korang nak lebih banyak resepi kuih muih dan masakan kelantan boleh tengok link dibawah ini:
http://aziejaya.blogspot.com/2012/05/kuih-lompat-tikam-stail-emak-saya.html
Hari ini saya nak ajar kuih tradisional kelantan iaitu kuih cek mek molek..Ini bahan-bahan & cara membuat kuih ini.

 



Cek Mek Molek


Bahan-Bahan
  • 500 gram keledek
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bagi menggoreng


Cara Membuat
  1. Rebuskan keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Buangkan airnya dan lenyek hingga lumat.
  3. Gaulkan dengan tepung gandum.
  4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
  5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar.
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak hingga kekuningan.
  7. Angkat kuih dan tuskan minyak.
  8. Sedia dihidang.
 kalau korang nak tengok cara pembuatan kuih cek mek molek korang boleh tengok link ini:
 http://belogniakupunye.blogspot.com/2013/06/resepi-ori-kelantan-cek-mek-molek.html



 Assalamualaikum dan hai..hari ni miera nak ajar buat nasi hujan panas berwarna warni lagi gitu..ni resepi nye..selamat mencuba.


Nasi Hujan Panas


Bahan A
  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji tomato (dicincang)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau,kuning dan merah
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan majerin
Bahan B
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Membuat
  1. Panaskan minyak sapi dan mejarin di dalam periuk.
  2. Masukkan bahan tumis,serai dan daun pandan.Goreng sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan garam.Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan susu cair,kiub pati ayam,tomato dan beras.Kemudian kacau rata.
  5. Masakkan seperti nasi biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering,letakkan satu warna pada satu tempat yang berlainan.
  7. Biarkan sehingga nasi masak dan kering.Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata pada keseluruhan nasi.
  8. Sebelum dihidangkan,hiaskan dengan taburan bawang goreng dan bawang goreng.
 untuk tengok warna dan resepi nasi hujan panas boleh tengok link dibawah:
 http://kasihhidupku.blogspot.com/2013/06/resepi-nasi-hujan-panas.html

Wednesday, 23 July 2014




mesti korang bosan kan asyik makan nasi putih je..so arini miera nak ajar buat nasi dagang kelantan..best and sedap tau...selamat mencuba.

 

NASI DAGANG

Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh halba
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Satukan kedua-dua beras,rendam lebih kurang 5-6 jam.Toskan
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja
  3. Sementara itu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
  4. Hiriskan bawang merah,bawang putih dan halia.
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula.Masukkan bahan-bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
  6. Masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar-benar sebati.
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak.
  8. Sedia di nikmati bersama dengan gulai kuning ikan tongkol.
 yang miera buat ni merupakan resepi kelantan..untuk tengok resepi nasi dagang terengganu boleh tengok link ini.
 http://jintanmanis.com/nasi/333-nasidagang




Nasi
Masak beras seperti biasa.Masukkan bunga telang dan kacau bagi rata warnanya,jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Masukkan daun limau purut dan jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah Tumis
  • santan
  • 7 ulas bawang merah
  • 1/2 labu bawang putih
  • 3 bawang besar
  • 15 cili kering
  • 1 cm halia
  • 1 serai ketuk
  • 1 asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • sedikat gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • garam (kena rasa masin dulu)
 *Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
*Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping ,budu dan gula.Jika gunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Sambal Kelapa
  • 1 ikan kembung (rebus & ambik isi)
  • 1/2 biji kelapa parut (goreng)
  • 4 bawang merah
  • 2 batang serai
  • garam & gula
* Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dengan kelapa goreng.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman
  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar
  • Kacang botol
  • Taugeh
*Hiris halus kesemua ulam-ulaman

Lauk pauk
  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar @ daging goreng
  • Ayam bakar @ ayam goreng
  • Keropok
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
Cara Menghidang
  1. Letakkan nasi di dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis,budu dan sambal.
  3. Akhir sekali,letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin,daging bakar,ikan celup tepung dan lain-lain.
  4. Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada dan bawang putih jeruk.

untuk tengok resepi nasi kerabu lain boleh tengok di link ini:
http://hairul.com/blog/resepi-nasi-kerabu-paling-special/







Wednesday, 9 July 2014






Wedding My Brother
 

KERUTUK DAGING

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik

Bahan Tumis
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara
  1. Potong daging kecik-kecik.Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar,halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk.
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi.
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi.
  6. Masak sehingga pecah minyak.
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali,masukkan kicap,garam,gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.
 
tengok link di bawah ini..selamat mencuba: